UUM ONLINE: Jabatan Sumber Manusia, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima kunjungan delegasi Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat (BKePT), Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Sabah (UMS), baru-baru ini.
Ketibaan delegasi UMS seramai 13 orang dimulai dengan lawatan ke Anjung Tamu dan disambut oleh Ketua Penolong Pendaftar Kanan, Faizah Hashim dan Ketua Unit Pengurusan Bakat, Wan Norhashima Wan Min.
Delegasi dibawa ke Bangunan Canselori Sultan Sallehuddin bagi sesi perbincangan dan bertukar pandangan berkaitan pelaksanaan amalan terbaik oleh kedua-dua pihak.
Kesempatan ini telah memberi ruang kepada delegasi yang hadir serta wakil JSM terlibat untuk bekongsi idea dan bertukar pandangan berkaitan pengurusan sumber manusia yang telah dilaksanakan di tempat masing-masing.
Bersempena Tahun Melawat UUM 2024, delegasi UMS turut dibawa melawat U- Assist, Muzium PengurusanUUM dan sekitar kampus UUM.
Ketua Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat UMS, Kamisah Husin selaku Ketua delegasi UMS mengucapkan terima kasih kepada UUM kerana sudi menerima kunjungan pihak UMS dan berharap program seperti ini dapat diteruskan lagi di masa depan kerana memberi manfaat kepada kedua-dua universiti.
Hadir sama, Timbalan Pendaftar, Jabatan Sumber Manusia UUM, Azahari Azmi; Ketua Unit Latihan, Kartini Tajul Urus dan beberapa pegawai dan staf Jabatan Sumber Manusia.